WELCOME TO MY BLOG.

Khamis, 27 September 2012

Hadiah Zulkaedah ..

Sedia maklum, kita tidak boleh dapat lari daripada menghadapi masalah. Kadang kala, kita rasa perkara itu baik untuk kita, tapi sebenarnya tidak. Bersangka baiklah kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Jadi, mungkin ini yang terbaik. Cuba lihat dari sudut positif. 

Allah ingin menguji…Sejauhmana cinta yang dibina bersandarkan cinta kepada-Nya. Kalau betul-betul cinta

 kerana-Nya, sejauh manakah cinta sesama insan ini sanggup dikorbankan? Kena ingat, Syurga Allah itu bukan sembarangan harganya. Ia perlu dibayar dengan kesakitan, derita dan air mata.

InsyaALLAH, nanti Allah mesti gantikan derita dan kesedihan yang kita alami sekarang ini dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang Allah hilangkan. Percayalah, Dia Maha Penyayang. Dia tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Dia hendak beri pahala yang lebih pada kita atas ujian ini.

Jangan jemu berdoa pada-Nya, kerana doa itu senjata bagi orang Mukmin, tiang agama dan cahaya yang memerangi langit dan bumi. Orang yang paling rugi dan zalim ialah orang yang berasa sudah penat berdoa pada Tuhannya. Nabi Musa dan Nabi Harun pun berdoa selama 40 tahun kepada Allah demi untuk memerangi Firaun. Bayangkan, seorang nabi pun Allah lambat kabulkan permintaannya, apatah lagi kita yang hina dina ini.
Ada orang lain yang jauh menderita daripada kita, tetapi masih tetap mempertahankan imannya! Saudara kita di Palestin saban hari kehilangan orang yang mereka cintai, hari-hari dalam hidup mereka langsung tidak mengenal istilah bahagia. Derita mereka lebih jauh lebih hebat, namun cinta mereka makin bertambah hebat kepada Allah.

Walaupun saya tidak mengetahui masalah sahabat sekalian, saya harap anda akan bersabar dan kuat untuk menghadapinya. Saya tahu sahabat saya seorang yang sangat tabah! Ingat, kadang kala kita tidak sedar bahawa Allah punya rencana yang begitu indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan