WELCOME TO MY BLOG.

Rabu, 12 Mac 2008

RaHs!A kAs!H sAyAnG pAsAnGaN mEnG!kUt BuLaN kElAh!RaN...


JANUARI
· Mudah jatuh cinta
· Mudah melupakan perasaan cinta terhadap org yang dicintai sekiranya dikhianati
· Sukar setia
· Pandai mengambil hati tp mudah melukai pasangan.
· Selalu berdiam diri ketika bertemu dgn pasangannya.
· Bersikap romantik tetapi tdk pndai menunjuk
· Sikap cemburu tinggi terhadap pasangan
· Bakal jd bapa atau ibu yg penyayang

FEBRUARI
· Sukar jatuh cinta tp mudah utk dikhianati
· Hormat pd pasangan
· Suka memikat pasangan
· Jujur dan berterus terang dlm perhubungan
· Sentiasa nekad utk bersama dengan pasangannya
· Sngat romantik
· Selalu menjaga hati pasangan
· Amat menjaga penampilan

MAC
· Mudah menawan hati pasangan
· Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
· Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
· Sangat baik dlm perhubungan
· Amat sukar melupakan pasangan yg dicintai
· Perasaan cemburu yg minimum
· Sgt manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
· Mudah memilih pasangan tanpa berfikiran waras
· Sentiasa mengharapkan keistimewaan drp pasangan
· Berprasangka terhadap pasangan

APRIL
· Memendam perasaan
· Malu meluahkan isi hati
· Ingin diberi perhatian
· Cemburu dlm perhubungan
· Kesetiaan teguh dalam perhubungan
· Emosi cepat terusik dan mudah terluka
· Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
· Romantik
· Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
· Sukar berlaku curang
· Kebanyakan org yg lahir dlm bulan ini blh dianggap “hamba cinta” spt Laila, Juliet, Siti Zulaikha

MEI
· Mudah jatuh cinta
· Jujur dlm perhubungan
· Pandai menarik hati pasangan
· Perasaan cinta mendalam
· Mudah dipujuk
· Mudah menerima cinta
· Pilihan yg tepat dalam pasangan
· Nekad utk menjaga hubungan yg baik
· Bukan queen control/king control
· Suka mengangankan sesuatu yg indah bersama pasangan
· Sentiasa dahagakan kasih sayang
· Ambil berat dlm menjaga perhubungan

JUN
· Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
· Sukar melukai dan memahami hati pasangan
· Mudah jatuh hati terlalu memilih
· Cerewet dlm perhubungan
· Selalu beremosi
· Mudah merajuk dan mudah dipujuk
· Cepat rasa bosan dlm percintaan
· Kurang yakin dlm perhubungan
· Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan org
· Bakal menjadi ibu yg baik
· Dahagakan pujian drp pasangan

JULAI
· Suka didampingi pasangan
· Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
· Mudah dipujuk dan berterus terang
· Menghargai kesetiaan pasangan
· Mengambil berat dan mengasihi pasangan
· Suka merajuk dan dipujuk
· Setia terhadap pasangan
· Suka mendengar dan tidak suka membantah
· Cemburu terhadap pasangan

OGOS
· Tidak serius dalam perhubungan
· Mengambil mudah dlm perhubungan
· Kesetiaan diragui
· Pandai memujuk pasangan
· Suka memimpin pasangan
· Romantic, pengasih dan penyayang
· Kelam kabut dlm perhubungan
· Sering bertukar pasangan
· Sukar mencari pilihan yg tepat
· Sngat sensitive dan cemburu tahap maksimum
· Mudah meluahkan kata cinta terhadap sesiapa yg berkenaan

SEPTEMBER
· Bersopan santun dlm perhubungan
· Bertolak ansur dlm pasangan
· Suka mengkritik pasangan
· Sangat prihatin terhadap pasangan
· Sangat sensitive dan emosi
· Pandai memahami pasangan
· Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
· Amat memilih pasangan
· Sukar melupakan sekiranya hati terluka
· Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan


OKTOBER
· Suka berkomunikasi dengan pasangan
· Sopan terhadap pasangan
· Jujur dan jarang berpura-pura
· Mudah terluka hati
· Sukar menerima pandangan pasangan
· Emosi yg mudah terusik
· Pengasih dan penyayang terhadap pasangan
· Terlalu cemburu
· Romantik
· Memahami pasangan


NOVEMBER
· Banyak helah
· Cermat dan teliti dlm perhubungan
· Amat berahsia
· Degil
· Tidak suka dikongkong
· Mudah ambil berat
· Tidak menghargai perhubungan
· Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
· Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
· Kurang bersama dengan pasangan

DISEMBER
· Pemurah terhadap pasangan
· Mudah jatuh cinta dlm masa yg sama
· Tergesa-gesa dalam perhubungan
· Suka didampingi oleh pasangan
· Benci dikongkong
· Berbakat utk kahwin lebih dr satu ( utk lelaki )
· Suka mempengaruhi pasangan
· Curang dalam percintaan
· Kurang bekerjasama dlm pasangan
· Selalu cuba utk mencari pasangan baru
· Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

PuJukLaH d!R! LepAzKaN d!e PeRg!..

Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.

Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)