WELCOME TO MY BLOG.

Isnin, 30 Julai 2012

KeNaPa LELaKi CuRaNg....

Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:
 

1. Merasakan dirinya terlalu hensem.

Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.


2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.

Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.

4. Belum bersedia untuk setia.

Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.

Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.

Sabtu, 21 Julai 2012

7 sIkAp WaNiTa DeNgAn MeLiHaT cArA bErJaLaN...


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.

10 sikap WANITA IDAMAN PARA LELAKI...


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

renung-renungkan lah...

Bayangkan kita sedang berdialog dengan seseorang yg kedudukannya lebih tinggi dan lebih mulia dari kita. Bayangkan bahawa dia memiliki segalanya. Dia akan memberikan apa yg kita minta. Dia mahu mendengar seluruh kata-kata kita. Dia itu amat pengasih, amat penyayang. Dia akan memberi pertolongan setiap kali kita memerlukan pertolongan. Dia tidak akan meninggalkan kita. Bayangkan bahawa kita sedang memerlukan cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya dan pertolongannya. Tentu yang perlu kita lakukan adalah mendekatinya. Duduk dihadapannya. Kita akan memilih waktu yg tepat, kesempatan yg baik dan perkataan yg baik pula.

Maka demikian jugalah Tahajjud. Dalam keheningan malam solat Tahajjud dilaksanakan, apabila hanya suara cengkerik malam yg terdengar, apabila ramai orang semakin lelap dalam tidurnya, apabila di luar angin berhembus agak kencang membawa udara dingin, apabila sepi mencengkam – keadaan inilah yg paling baik, paling mulia dan paling tepat utk kita gunakan berdialog secara langsung dengan Allah SWT melalui solat Tahajjud kita. Semasa inilah para malaikat-Nya turun, pintu langit terbuka dan semua perkataan kita akan sampai di hadapan-Nya. Inilah mengapa Tahajjud menjadi ibadah sunnah yg amat istimewa. Sungguh sayang jika terlepas menunaikannya!

Inilah sebabnya anda perlu makan guna tangan kanan....

ADA sesetengah individu gemar makan dengan menggunakan sudu dan garpu alasannya tidak mahu mengotorkan tangan. Bayangkan anda makan nasi bercecah sambal belacan pasti ‘harum’ mewangi baunya. Namun ramai mengatakan apabila menjamah hidangan menggunakan tangan kenikmatannya sangat terasa.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa junjungan besar, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan
apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Riwayat Sahih Muslim)

Dahulukan tangan kanan..

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya. Apabila kita mendengar hadis di atas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Tetapi rata-rata masyarakat pada zaman berteknologi tinggi kini mula makan dengan tangan kiri, jelas kelihatan pada majlis rasmi sehinggalah ke tempat ternama seperti di hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka adalah pengikut kepada amalan syaitan.Melihat ketamadunan Barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti golongan elit bangsa kita dalam majlis high level. Tidak terfikirkah kita kenapa dalam Islam tidak digalakkan untuk
makan menggunakan tangan kiri?

Yang pastinya setiap cegahan terselit hikmah dan kebaikan untuk semua. Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains menjelaskan mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yang positif
contohnya mesra, riang dan gembira.

Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif dalam otak sebelah kanan. Mengapa apabila kita dilanda masalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap sama ada kepada diri sendiri atau pun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita? Besar kemungkinan ianya disebabkan penggunaan otak kiri yang terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan,
aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita dikaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan wujudnya perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan serta makin sihatlah tubuh badan ibarat kata badan sihat otak cerdas!.


Etika pemakanan Barat

Makan dengan tangan kiri diyakini mengaktifkan otak kanan yang dikaitkan dengan sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri umpama meniru perbuatan syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri serta tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan itu.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara untuk berpakaian yang 'betul' termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu, garpu, pisau, etika pemakanan Barat sebagai persiapan untuk menghadiri majlis rasmi, termasuklah juga dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya di sini adalah, jika etika makan ala barat mula dipraktikkan golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yang boleh dikaitkan dengan bercambahnya sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa golongan pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri dan kroni berbanding masyarakat?

Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?
Apa yang dikemukakan ini hanyalah hipotesis dari aspek pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya mengenai perkara yang dibincangkan.

Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
~Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
~Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
~Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
~Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
~Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
~Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
~Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.
Tampilkan Kelemahan
~Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
~Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
~Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di ak
hirat adalah kekal selamanya.

Sabtu, 7 Julai 2012

KeKaS!h...

Kekasihku..
Jika kau tak dapat menjadi..
Seperti kayu jati..
Yang bernilai tinggi..
Jadilah seperti kayu beluti..
Yang boleh dijadikan titi..
Asalkan bukan seperti kayu mati..
Yang dibuang tak dihargai..

Kekasihku..
...
Jika kau tak dapat menjadi..
Seperti batu permata..
Yang menghiasi puteri jelita..
Jadilah seperti batu-bata..
Yang boleh mengukuhkan kota..
Asalkan bukan batu di telaga..
Yang berlumut tidak berharga..

Kekasihku..
Jika kau tak dapat menjadi..
Seperti lebah..
Yang mengeluarkan madu..
Jadilah seperti lembu..
Yang boleh memberikan susu..
Bukan seperti pacat dan lintah..
Yang hanya menghisap darah..

Kekasihku..
Jika kau tak dapat menjadi..
Seperti buah berangan..
Yang enak dimakan..
Jadilah seperti setandan pisang..
Yang boleh memberi kenyang..
Bukan seperti buah..
Kecubung di hutan..
Yang biarpun masak ranum..
Tak boleh dimakan..

Ikhlas dariku seorang kekasih..
Buat dirimu seorang kekasih..
Moga kau memahaminya..
Walau suatu masa nanti sekalipun..