WELCOME TO MY BLOG.

Ahad, 17 Jun 2012

DaPaT lApPy...:)

ske nyer aku...akhir nyer hjat aku nk bli lappy trcapai...aku bli ari jumaat ngan my l0vely mama n babah..thanx...cyg mama n babah...akubli lappy ACER jerk...0keyz ar t0k aku wt bljar kn...wane purple aku bli..wane fvourite ar kte kn..hehehe..npis jerk...s0,paz nie x de mslah ar aku nk update bl0g a9i..hehe...dh  lme k0t x update...ske nyer...pape p0n..aku nk jge lappy 2 cm nyawa aku sndri...kal0 rsak...mnagis x brlagu aku nnti...dh ar mhal...kal0 murah x pe...nie bribu2...ne nk dpt wet bnyak 2...laen ar kal0 0wang kaye snang nk dptt..minx jerk dh dpt...bkn ssah p0n...tpi sye 0wang bese2 jerk...s0,ssah ckit ar nk crik wet bribu2..mlaenkn ar kal0 sye keje kn...x pe ar gak...gne wet sndri bli lappy 2...   
                                             SAYANG MAMA n BABAH...

BeTOl KaN????

Ramai couple² yg blum brkahwin dngan yakin mmbuat status yg di tujukan kpda couple msing² atau kat wall sndiri :

* jangan ganggu hubungan aku ngn bf/gf aku sebab dia milik aku sorg !!!
* jangan curang tau, sy milik awak sorg jer.
* cinta kita akan kekal sampai bila².
* i ♥ u smpai mati.
* muahhh sana muahhh sini.
* lebiu sana lebiu sini.
* sayang sana sayang sini.

...
Jodoh KITA smua ketentuan-Nya. wlau yakin atau bjanji setia mcm mna sklipun, tpi klu da Allah tentukan dia BUKAN untuk kita.. dia tetap BUKAN untuk kita.So belajarlah untuk menerima hakikat, bahawa, bercinta selepas kawin adalah cinta yg TERbaikkk. (◕‿-)

Selasa, 12 Jun 2012

bEtOl x????

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. 

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. 

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. 

Sabarlah hingga kau temukan permata…♥

♥♥♥

♥ Aku lihat dia di sana ♥ 
♥ Aku ingin mendekatinya ♥
♥ Aku cuba menghampirinya ♥ 
♥ Lalu aku menyapa dia ♥ 

♥ Dia pun membuka bicara ♥ 
♥ Dan aku mulai mengenalnya ♥
♥ Kita mulai bermain mata ♥
♥ Mula timbul rasa bahagia ♥

♥ Bila dia , mendekati diriku , ♥
♥ Hati ku rasa sesuatu ♥
♥ Bila dia , senyum pada diri ku ♥
♥ Hati ku rasa tak menentu ♥

♥ Kekadang hati ku bertanya ♥
♥ Apakah dia dah berpunya ♥
♥ Kerana diriku berasa ♥
♥ Aku jatuh hati padanya ♥

♥ Aku ingin memilikinya ♥
♥ Aku ingin menjaga dia ♥
♥ Aku ingin mencinta dia ♥
♥ Aku ingin hidup dengannya ♥ 

10 TANDA ² LELAKI SETIA :

⇨ Dia Banyak Menasihati Kekasihnya Kerana Dia Amat Menyayangi Kekasihnya
⇨ Dia Berusaha Mengongkong Kebebasan Kekasihnya Kerana Perasaan Cemburunya Yang Meluap ²
⇨ Dia Sentiasa Takut Kehilangan Kekasihnya
⇨ Dia Sentiasa Mengawasi Pergerakan Kekasihnya Kerana Dia Sentiasa Berasa Curiga
⇨ DiaTtidak Suka Ada Lelaki Lain Rapat Dengan Kekasihnya
⇨ Dia Mudah Merasa Cemburu Dan Sensitif Apabila Kekasihnya Tidak Menumpukan Sepenuh Perhatian Kepadanya
⇨ Dia Akan Mengalabah Apabila Kekasihnya Berjauhan Daripadanya Terlalu Lama
⇨ Dia Tidak Akan Melayan Perempuan Lain Yang Tidak Ada Urusan Penting Dengannya
⇨Dia Tidak Akan Berlaku Curang Kepada Kekasihnya Namun Jikalau Dia Berbuat Demikian Itu Bererti Hatinya Belum 100% Mencintai Anda
⇨ Bukan Semua Lelaki Sanggup Menitiskan Airmata Hanya Untuk Seorang Perempuan

Sesungguhnya sekiranya kamu MAHU MENCINTAI diri ku..

Ku semahunya KAMU...
♥ Mencintai KEKURANGAN ku melebihi daripada KELEBIHAN ku...
♥ Mencintai KELEMAHAN ku melebihi daripada KEKUATAN ku...
♥ Mencintai KEBURUKAN ku melebihi daripada KECANTIKAN ku...
♥ Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi daripada KESEMPURNAAN ku...

~kerana untuk MENCINTAI segala yang TERBAIK biarlah KAMU hanya cukup MENCINTAI ALLAH, bukan diri ini yang tiada apa kelebihannya~......"...♥♥



KeLaKaR...

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang...

Isnin, 4 Jun 2012

ThE cOlOuR oF mY lOvE...

I'll Pa!nT mY mOoD !N sHaDeS oF bLuE...
pA!nT mY sOuL tO bE w!Th YoU...
i'll SkEtCh YoUr L!Ps !N sHaDeD tOnEs...
DrAw YoUr MoUtH tO My OwN...


i'll DrAw YoUr ArMs ArOuNd mY wA!sT...
tHeN aLl dOuBt I sHaLl ErAsE...
I'll Pa!nT tHe Ra!N tHaT sOfTlY lAnDs On...
YoUr w!Nd BlOw Ha!r...

Ahad, 3 Jun 2012

aKu SaYaNg KaMu DeNgAn CaRaKu TeRsEnD!r!...

::~jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak     bertemu..

::~jika mereka memilih untuk kerap berhubung, aku memilih untuk tidak berhubung..

::~jika mereka memilih untuk saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu..

::~jika mereka memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk.. tidak merinduimu..

-->Kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

::~kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..
::~aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..
::~aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..
::~aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..
::~aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

CaRa eLaK mAkS!aT.....

~DaLaMaN~


1. M!nTa PeRl!NdUnGaN dAr! ALLAH S.W.T...


2. bAcA aL-QuRaN bErSaMa MaKsUd....


3. sOlAt SeRTa PuAsA....


4. !nGaT ALLAH sEnT!aSa !NgAt K!tA...


5. c!NtA! ALLAH dAn RASULULLAH S.A.W....


6. !nGaT mAt!...


~LuArAn~


1. HaD!r MaJl!S !lMu....


2. SeBaR mEsEj !SlAm...


3. B!nCaNg mAsAlAh K!tA...


4. s!BuKkAn D!r! DeNgAn AkT!v!T!...


5. eLaKkAn BeRsEnD!r!An...


6. KaWaN dEnGaN oRaNg Ba!k n BeR!MaN....


~Ingat lah kita hidup nie hnye smentara n mnumpang sje....DIA yg mnjadikan kita...jika DIA ingin kn kte kmbali ke jlan die ...ble2 mse sje DIA  bleh amek kita...hdup kt dnia nie bior bnyak kn amal ibadat....



¤ 5 PERKARA TERPENTING ¤


Solat Subuh~ wajah yang cantik...
Solat Zohor~ rezeki yang banyak...
Solat Asar~ kesihatan yang baik...
Solat Maghrib~ anak2 yang  cerdik...
Solat Isyak~ tidur yang  nyenyak tanpa 
ganguan...


Kata Nabi Muhammad S.A.W siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya NUR diwajahnya & siapa yang tinggalkan Solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat & barangsiapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan & siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yang bermanfaat & barangsiapa yang tinggalkan Solat Isyak tiadalah adanya tidur yang nyenyak...

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 

Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
\Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula....

allahualam..